Salam,

Selepas musim hujan berlalu, musim panas menjelma, maka terdapatlah kutu-kutu, si Antranoks mula menyerang, si pokok ciliku, tetapi semua itu adalah mengikut kekuatan antibodi si pokok sili juga, Alhamdulillah, ada satu pokok saja yang terkena, itu pun dalam rawatan dan dalam keadaan pulih setelah disembur  bawang putih dan baja AB EC2.00 kepada daun pokok. InsyaAllah baik lah si pokok tu, dan kekerapan penyiraman 3 minggu sekali sekiranya diserang, dan seminggu sekali untuk pencegahan sahaja.

Jadi tiada apa-apa lagi yang saya nak katakan, saya sedang menguruskan untuk permohonan Dana Peladang RM30k, jadi siapa-siapa yang mau ikut, tanam dulu dirumah dan apply la dana peladang, mudahan dapatlah.

Gambar sebagai renungan dan motivasi bersama kepada pekebun-pekebun cili.



Salam hormat