Musim memutik sudah tiba setelah pada 20 Dis 2016 telah masuk ke polibag, apa yang berlaku ada lah serangan lalat buah ke atas buah2 cili saya, ada lah lebih kurang 12 ulas juga busuk,
cuaca yang panas dan hari-hari yang sibuk dengan perniagaan harian, saya telah terlalai sedikit tanaman cili, kemudian, saya gunakan bawang putih dan halia untuk di sembur ke atas pakok cili, Alhamdulillah mujarab. Saya tambahkan lagi tepi-tepi polibag dengan semburan serai wangi.. itu la kewangian yang kita suka, lalat pun lari.
Saya buat penyburan setiap 2 hari untuk satu minggu pertama, kemudian, selang 3 hari pada minggu berikutnya. Pada minggu pertama adalah untuk memastikan si Sang Lalat sentiasa berbau tempat yang dia tidak suka dan kenal pasti tempat yang bukan tempat hinggapan utk bertelur.
Selepas itu, buat macam biasa, dan nikmatilah keindahan buah cili yang merah ciptaan Allah.
0 Ulasan