Salam,

Hari ni hari hujung minggu, saya telah mengisi tangki baja AB semalam pada Jumaat yang Barokah, dengan EC 2.064 dan PH 6.4 dan cukuplah untuk kesuburan tanah. Selepas itu saya membuat semburan Asid Amino dan Cuka Tumbukan untuk  menambahkan kesuburan batang, daun dan tanah untuk menyerap baja.

Pada masa sekarang, di Sandakan, adalah hujan pada malam hari, jadi saya menaburkan biji NPK 15,15,15 satu sudu sepolibag yang sekurang-kurangnya 5cm dari pokok-jangan terlalu dekat dengan pokok, nanti akar termelecur pula kesian si akar pokok.

Apa yang lebih penting dalam penjagaan adalah penyemburan bahan organik untuk menghindari serangga Si Sang Aphid dan Trip yang membawa virus kepada pokok, tapi jangan risau dan jangan takut, gunakan bahan organik, InsyaAllah, pokok sihat kembali dalam masa 14 Hari, tapi saya buat 5 hari ja pun sudah sihat, daun kembali hijau menghijau kehijauan.

Gunakan bawang putih dan Baja AB EC 1.90-2.00 dan sembur setiap 2 hari, Pokok anda akan kembali sihat. Jika ada si Sang Ulat, ulat akan kelemasan dan mengeluarkan cecair hijau dari badannya.

Apa-apa pun tontonilah video clip saya yang pembikinannya cara cili juga lah.

Terima kasih kerana menonton.


Sampai berjumpa lagi di post saya yang akan datang.