Hi,

Janganlah kita terlebih jaga dengan pokok yang kita tanam, sehingga menyebabkan pembaziran baja dan sebagainya, kalau setiap hari membaja, tidak sampai seminggu habis baja cair 1 liter, jadi ikut pembajaan berkala, sekiranya seminggu sekali yang disarankan, cuba sembur seminggu sekali, kecuali hujan, mungkin kekerapan perlu ditingkatkan.

Begitu juga dengan meracun, kena ikut jadual berkala dan sukatan yang dibenarkan. Bagi saya, saya lebih suka menggunakan racun organik dari racun kimia kerana lebih selamat untuk diri sendiri, atau pekerja yang meracun.

Apa yang paling penting dalam pembajaan dan meracun, anda perlu kenali nutrien-nutrien yang diperlukan oleh pokok samada untuk tumbuh, membesar dan berbuah, begitu juga dengan meracun, anda perlu kenalpasti  serangga dan jangka hayat hidup di daun dan bagaimana untuk mematikannya.

Isi kandungan amat penting untuk membuatkan pokok anda mendapat nutrien yang diperlukan untuk sihat dan kuat dari jangkitan penyakit. Tanamlah dengan tenang dan jaga air baja sentiasa ada bagi fertigasi setiap minggu untuk memantau sentiasa terutamanya PH tanah dan EC air baja.


4 daun sudah, mau jadi 6 daun sudah..mau masuk polibag sudah ni...

Kita tawakkal dan sentiasa berdoa agar tanaman kita sentiasa dilindungiNYA, dan cukupkan ilmu di dada dan permudahkan kaedah tanaman kita, anda pasti berjaya.Nanti saya akan belanja satu video tentang tanaman saya.

Sampai jumpa lagi!!


Notes: cili fertigasi, bercucuktanam, pertanian moden, tanaman jenis fertigasi., cilifertigasi, berkebun cili cara fertigasi, projek tanaman fertigasi,