Apabila kita bertani samada pertanian moden mahupun tradisional, hendaklah kita fokus dengan rancangan yang telah kita aturkan strateginya.
Setiap penambahan atau dikenali sebagai plan B, adalah perlu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak disangka-sangka terhadap tanaman kita. Kita ambil contoh biasa, sepatutnya hari ni, kita perlu membaja atau meracun, tetapi hujan tidak berhenti-henti, takkan kita meracun hujan-hujan, tak patut juga, jadi tunggulah hujan berhenti dan selepas tu, lihat pokok dari daun hingga ke batang secara pantas untuk mengenal pasti sebarang penyakit atau seranggan waktu hujan, kemudian baja atau racun selepas hujan sekiranya sudah terlepas jadual yang telah dirancang.
Saya hanya menggunakan baja tambahan seperti EM, asid amono dan cuka tumbuhan, dalam sistem pembajaan saya, dan saya hanya menggunakan racun organik dalam mengawal serangga seperti bawang dan cili, neem oil dan bio guard. Bio guard saya ambil beli dari romatech agro di serdang, dan racun pengawal serangga organik ini sunggu berkesan untuk penyakit keriting daun yangn popular. Pokok yan terkena jangkita hanya memerlukan 5 hari untuk pulih Alhamdulillah.
Selain dari itu, gunalah bawang putih dan campurkan dengan air bajaAB, ini juga amat berkesan untuk memulihkan daun dan batang yang terkena jangkitan virus atau serangga. Semburan berkala dan sekarang di seluruh pokok adalah amat penting dalam menjamin kesihatan pokok yang kita jaga atau tanam.
KITA SAMBUNG LAGI LAIN MASA,
Salam hormat dari saya..
Baakabun bah...
0 Ulasan